"Aad" adalah nama bapa
suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama
"Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan
termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan
jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh
Allah s.w.t. tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari
segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan
mereka dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang
indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t. itu mereka hidup menjadi makmur,
sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan
menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.
Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh
kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah
Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi
nama " Shamud" dan " Alhattar" dan itu yang disembah
sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan,
kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala
musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dalam
hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka
sedang tenggelam di dalamnya berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang
melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua
berhala mereka yang mereka sembah. Kerananya mereka tidak putus-putus sujud
kepada kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari
segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau kekeringan.
Sebagai akibat dan buah dari
aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan
pimpinan Iblis laknatullah, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi
dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan
dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan
sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah yang
besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya.
Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang
didorong oleh hawa nafsu merajalela dan menguasai penghidupan mereka sehingga
tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur,
amanat dan rendah hati.
Demikianlah gambaran masyarakat
suku Aad tatkala Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul
kepada mereka. Sudah menjadi sunnah Allah s.w.t. sejak diturunkannya Adam Ke
bumi bahawa dari masa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dalam
kehidupan yang sesat sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang dibawa
oleh Nabi-nabi-Nya diutuslah seorang Nabi atau Rasul yang bertugas untuk
menyegarkan kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yang sebelumnya mengembalikan
masyarakat yang sudah tersesat ke jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa
manusia dari segala tahayul dan syirik menggantinya dan mengisinya dengan iman
tauhid dan aqidah yang sesuia dengan fitrah.
Demikianlah maka kepada suku Aad
yang telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga
tidak mengenalkan Tuhannya yang mengurniakan itu semua. Di utuskan kepada
mereka Nabi Hud seorang daripada suku mereka sendiri dari keluarga yang
terpandang dan berpengaruh terkenal sejak kecilnya dengan kelakuan yang baik
budi pekerti yang luhur dan sgt bijaksana dalam pergaulan dengan
kawan-kawannya. Nabi Hud memulai dakwahnya dengan menarik perhatian kaumnya
suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah s.w.t. yang berupa alam sekeliling
mereka dan bahawa Allah s.w.t. lah yang mencipta mereka semua dan mengurniakan
mereka dengan segala kenikmatan hidup yang berupa tanah yang subur, air yang
mengalir serta tubuh-tubuhan yang tegak dan kuat. Dialah yang seharusnya mereka
sembah dan bukan patung-patung yang mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai
manusia adalah makhluk Tuhan paling mulia yang tidak sepatutnya merendahkan
diri sujud menyembah batu-batu yang sewaktunya dapat mereka hancurkan sendiri
dan memusnahkannya dari pandangan.
Di terangkan oleh Nabi Hud bahawa
dia adalah pesuruh Allah s.w.t. yang diberi tugas untuk membawa mereka ke jalan
yang benar beriman kepada Allah s.w.t. yang menciptakan mereka menghidup dan
mematikan mereka memberi rezeki atau mencabutnya daripada mereka. Ia tidak
mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas usahanya memimpin dan menuntut
mereka ke jalan yang benar. Ia hanya menjalankan perintah Allah s.w.t. dan
memperingatkan mereka bahawa jika mereka tetap menutup telinga dan mata mrk
menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan oleh
Allah s.w.t. sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yang mati binasa tenggelam
dalam air bah akibat kecongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran dan
dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kepada
berhala dan patung-patung yang mereka sembah dan puja itu.
Bagi kaum Aad seruan dan dakwah
Nabi Hud itu merupakan barang yang tidak pernah mereka dengar ataupun menduga.
Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama
sekali cara hidup mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yang telah
mereka kenal dan warisi dari nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa
hairan bahawa seorang dari suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak
tatacara hidup mereka dan menggantikan agama dan kepercayaan mereka dengan
sesuatu yang baru yang mereka tidak kenal dan tidak dapat dimengertikan dan
diterima oleh akal fikiran mereka. Dengan serta-merta ditolaklah oleh mereka
dakwah Nabi Hud itu dengan berbagai alasan dan tuduhan kosong terhadap diri
beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan yang diterimanya dengan kepala dingin dan
penuh kesabaran.
Berkatalah kaum Aad kepada Nabi
Hud: "Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yang engkau hendak anjurkan
kepada kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan kami kepada
tuhan-tuhan kami yang berkuasa ini dan menyembah tuhan mu yang tidak dapat kami
jangkau dengan pancaindera kami dan tuhan yang menurut kata kamu tidak
bersekutu. Cara persembahan yang kami lakukan ini ialah yang telah kami warisi
dari nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan meninggalkannya
bahkan sebaliknya engkaulah yang seharusnya kembali kepada aturan nenek
moyangmu dan jangan mencederai kepercayaan dan agama mereka dengan memebawa
suatu agama baru yang tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan
direstuinya."
Wahai kaumku! jawab Nabi Hud,
"Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini kepada kamu untuk menyembah-Nya
walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu namun kamu dapat
melihat dan merasakan wujudnya dalam diri kamu sendiri sebagai ciptaanNya dan
dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa langit dengan matahari bulan dan
bintang-bintangnya bumi dengan gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan
binatang-binatang yang kesemuanya dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia.
Dan menjadi kamu dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan
itulah yang harus kamu sembah dan menundukkan kepala kamu kepada-Nya, Tuhan
Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan diperanakan yang walaupun kamu
tidak dpt menjangkau-Nya dengan pancainderamu, Dia dekat daripada kamu
mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui isi hati mu denyut
jantungmu dan jalan fikiranmu. Tuhan itulah yang harus disembah oleh manusia
dengan kepercayaan penuh kepada keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan
patung-patung yang kamu perbuat pahat dan ukir dengan tangan kamu sendiri kemudian
kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yang tidak dapat berbuat
sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan
dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yang sesat itu dan
menolak ajaran dan agama yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang
Maha Esa itu."
Wahai Hud! jawab kaumnya,
"Gerangan apakah yang menjadikan engkau berpandangan dan berfikiran lain
daripada yang sudah menjadi pegangan hidup kami sejak dahulu kala dan
menjadikan engkau meninggalkan agama nenek moyangmu sendiri bahkan sehingga
engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan kami dan memperbodohkan
kami dan menganggap kami berakal sempit dan berfikiran dangkal? Engkau mengaku
bahawa engkau terpilih menjadi rasul pesuruh oleh Tuhanmu untuk membawa agama
dan kepercayaan baru kepada kami dan mengajak kami keluar dari jalan yang sesat
menurut pengakuanmu ke jalan yang benar dan lurus. Kami merasa hairan dan tidak
dapat menerima oleh akal kami sendiri bahwa engkau telah dipilih menjadi
pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas seseorang daripada kami, engkau
tidak lebih tidak kurang adalah seorang manusia biasa seperti kami hidup makan
minum dan tidur tiada bedanya dengan kami, mengapa engkau yang dipilih oleh
Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami seorang pendusta besar atau
mungkin engkau berfikiran tidak sihat terkena kutukan tuhan-tuhan kami yang
selalu engkau ejek hina dan cemuhkan."
"Wahai kaumku" jawab
Nabi Hud, "Aku bukanlah seorang pendusta dan fikiran ku tetap waras dan
sihat tidak kurang sesuatu pun dan ketahuilah bahawa patung-patungmu yang kamu
pertuhankan itu tidak dapat mendatangkan sesuatu gangguan atau penyakit bagi
badanku atau fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama aku hidup di tengah-tengah
kamu bahawa aku tidak pernah berdusta dan bercakap bohong dan sepanjang
pergaulanku dengan kamu tidak pernah terlihat pada diriku tanda-tanda ketidak
wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yang meragukan kewarasan fikiranku dan
kesempurnaan akalku. Aku adalah benar pesuruh Allah s.w.t. yang diberi amanat
untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah tersesat
kemasukan pengaruh ajaran Iblis laknatullah dan sudah jauh menyimpang dari
jalan yang benar yang diajar oleh nabi-nabi yang terdahulu kerana Allah s.w.t.
tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dalam kesesatan
dan hidup dalam kegelapan tanpa diutuskan seorang rasul yang menuntun mereka ke
jalan yang benar dan penghidupan yang diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepada
ku gunakanlah akal fikiran kamu berimanlah dan bersujudlah kepada Allah s.w.t.,
Tuhan seru sekalian alam, Tuhan yang menciptakan kamu menciptakan langit dan
bumi menurunkan hujan bagi menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuhan
bagi meneruskan hidupmu. Bersembahlah kepada-Nya dan mohonlah ampun atas segala
perbuatan salah dan tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran
hidupmu dan terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yang telah dialami
oleh kaum Nuh dan kelak azab di akhirat. Ketahuilah bahawa kamu akan
dibangkitkan kembali kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas
segala perbuatan kamu didunia ini dan diberi ganjaran sesuai dengan amalanmu
yang baik dan soleh mendapat ganjaran baik dan yang hina dan buruk akan
diganjarkan dengan api neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah s.w.t.
kepada kamu dan dengan ini telah memperingati kamu akan akibat yang akan
menimpa kepada dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."
Kaum Aad menjawab: "Kami
bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendapat kutukan
tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau dan akalmu berubah
menjadi tidak siuman. Engkau telah mengucapkan kata-kata yang tidak masuk akal
bahawa jika kami mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup
kami dan bahawa kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami dan menerima
segala ganjaran atas segala amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan
kembali dari kubur kami setelah kami mati dan menjadi tulang. Dan apakah azab
dan seksaan yang engkau selalu menakutkan kami dan mengancamkannya kepada kami?
Semua ini kami anggap kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bahawa kami
tidak akan menyerah kepadamu dan mengikuti ajaranmu kerana bayangan azab dan
seksa yang engkau bayangkannya kepada kami bahkan kami menentang kepadamu
datangkanlah apa yang engkau janjikan dan ancaman itu jika engkau betul-betul
benar dalam kata-katamu dan bukan seorang pendusta."
"Baiklah" jawab Nabi
Hud," Jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras kepala
tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan persembahanmu kepada
berhala-berhala itu maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak
akan dapat melepaskan diri dari bencananya. Allah s.w.t. menjadi saksiku bahawa
aku telah menyampaikan risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku kepada mu dan akan
tetap berusaha sepanjang hayat kandung badanku memberi penerangan dan tuntunan
kepada jalan yang baik yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. bagi
hamba-hamba-Nya."
Pembalasan Allah s.w.t. terhadap
kaum Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua perinkat.
Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun
mereka, sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau mereka
tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti biasanya.
Dalam keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka bahawa
kekeringan itu adalah suatu permulaan seksaan dari Allah s.w.t. yang dijanjikan
dan bahawa Allah s.w.t. masih lagi memberi kesempatan kepada mereka untuk sedar
akan kesesatan dan kekafiran mereka dan kembali beriman kepada Allah s.w.t.
dengan meninggalkan persembahan mereka yang bathil kemudian bertaubat dan
memohon ampun kepada Allah s.w.t. agar segera hujan turun kembali dengan
lebatnya dan terhindar mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam. Akan tetapi
mereka tetap belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji
kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka memohon
perlindungan dari musibah yang mereka hadapi.
Tentangan mereka terhadap janji
Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Nabi Hud segera mendapat jawapan dengan
datangnya pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan
dan mega hitam yang tebal di atas mereka yang disambutnya dengan sorak-sorai
gembira, kerana dikiranya bahawa hujan akan segera turun membasahi
ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yang sedang mengalami kekeringan.
Melihat sikap kaum Aad yang sedang bersuka ria itu berkatalah Nabi Hud dengan
nada mengejek: "Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan awam rahmat bagi
kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah
s.w.t. yang telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti untuk membuktikan
kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal dan kamu dusta."
Sejurus kemudian menjadi
kenyataanlah apa yang dikatakan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun
dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai
bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merosakkan bangunan-bangunan rumah
dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda
dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik
mereka berlari kesana sini mencari perlindungan Suami tidak tahu di mana
isterinya berada dan ibu juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi
sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari
tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih kaum Aad yang congkak itu dan
menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi
pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang.
Adapun Nabi Hud dan para
sahabatnya yang beriman telah mendapat perlindungan Allah s.w.t. dari bencana
yang menimpa kaumnya yang kacau bilau dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya
yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan
bangunan-bangunan yang berjatuhan serta teriakan dan tangisan orang yang
meminta tolong dan mohon perlindungan.
Setelah keadaan cuaca kembali
tenang dan tanah "Al-Ahqaf " sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad
pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia
tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana
dimana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu
tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yang datang
beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada
setiap tahun.
Selesailah kisah kaum Nabi Nuh
dalam sejarah. Majoriti di antara mereka yang mendustakan ajarannya telah
dihancurkan oleh taufan. Sedangkan minoriti antara mereka dapat kembali
memakmurkan bumi sebagai wujud dari sunatullah dan janji-Nya: Sedangkan janji
Allah SWT kepada Nabi Nuh adalah:
"Dan kesudahan yang baik
adalah bagi orang-orang yang takwa." (QS. al-Qashash: 83)
Dan janji Allah SWT juga kepada
Nabi Nuh adalah:
"Difirmankan: 'Hai Nuh,
turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat
(yang beriman) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada pula umat-umat yang Kami
beri kesenangan pada mereka (dalam hehidupan dunia), kemudian mereka akan
ditimpa azab yang pedih dari Kami. " (QS. Hud: 48)
Berputarlah roda kehidupan dan
datanglah janji Allah SWT. Setelah datangnya taufan, tiada yang tersisa dari
manusia di muka bumi kecuali orang-orang yang beriman. Tiada satu hati yang
kafir pun berada di muka bumi dan syaitan mulai mengeluhkan pengangguran. Berlalulah
tahun demi tahun, lalu matilah para orang tua dan anak-anak, dan datanglah anak
dari anak-anak. Manusia lupa akan wasiat Nabi Nuh dan mereka kembali menyembah
berhala. Manusia menyimpang dari penyembahan yang semata-mata untuk Allah SWT.
Akhirnya, tipuan kuno berulang kembali. Para cucu kaum Nabi Nuh berkata:
"Kita tidak ingin melupakan kakek kita yang Allah SWT selamatkan mereka
dari taufan."
Oleh kerana itu, mereka membuat
patung-patung orang-orang yang selamat itu yang dapat mengingatkan mereka
dengannya. Dan pengagungan ini semakin berkembang generasi demi generasi, namun
akhimya penghormatan itu berubah menjadi penghambaan. Patung- patung itu
berubah - dengan bisikan syaitan - menjadi tuhan selain Allah SWT. Dan bumi
kembali mengeluhkan kegelapan. Lalu Allah SWT rnengutus junjungan kita Nabi Hud
di tengah-tengah kaumnya.
Al-Qur'an menyingkap ceritanya
setelah diutusnya Nabi Hud untuk membawa agama kepada manusia. Nabi Hud berasal
dari kabilah yang bernama 'Ad. Kabilah ini tinggal di suatu tempat yang bernama
al-Ahqaf. la adalah padang pasir yang dipenuhi dengan gunung-gunung pasir dan
tampak dari puncaknya lautan. Adapun tempat tinggal mereka berupa tenda-tenda
besar dan mempunyai tiang-tiang yang kuat dan tinggi. Kaum 'Ad terkenal dengan
kekuatan fisik di saat itu, dan mereka juga memiliki tubuh yang amat tinggi dan
tegak sampai-sampai mereka mengatakan seperti yang dikutip oleh Al-Qur'an:
"Mereka berkata: 'Siapakah
yang lebih kuat daripada kami.'" (QS. Fushilat: 15)
Tiada seorang pun di masa itu
yang dapat menandingi kekuatan mereka. Meskipun mereka memiliki kebesaran
tubuh, namun mereka memiliki akal yang gelap. Mereka menyembah berhala dan membelanya
bahkan mereka siap berperang atas namanya. Mereka malah menuduh nabi mereka dan
mengejeknya. Selama mereka menganggap bahawa kekuatan adalah hal yang patut dibanggakan,
maka seharusnya mereka melihat bahawa Allah SWT yang menciptakan mereka lebih
kuat dari mereka. Sayangnya, mereka tidak melihat selain kecongkakan mereka.
Nabi Hud berkata kepada mereka:
"Wahai kaumku, sembahlah
Allah yang tiada tuhan lain bagi kalian selain-Nya. " (QS. Hud: 50)
Itu adalah perkataan yang sama
yang diucapkan oleh seluruh nabi dan rasul. Perkataan tersebut tidak pernah
berubah, tidak pernah berkurang, dan tidak pernah dicabut kembali. Kaumnya
bertanya kepadanya: "Apakah engkau ingin menjadi pemimpin bagi kami
melalui dakwahmu ini? Imbalan apa yang engkau inginkan?" Nabi Hud
memberitahu mereka bahawa ia hanya mengharapkan imbuhan dari Allah SWT. Ia
tidak menginginkan sesuatu pun dari mereka selain agar mereka menerangi akal mereka
dengan cahaya kebenaran. Ia mengingatkan mereka tentang nikmat Allah SWT terhadap
mereka. Bagaimana Dia menjadikan mereka sebagai khalifah setelah Nabi Nuh,
bagaimana Dia memberi mereka kekuatan fisik, bagaimana Dia menempatkan mereka
di bumi yang penuh dengan kebaikan, bagaimana Dia mengirim hujan lalu
menghidupkan bumi dengannya.
Kaum Hud membuat kerosakan dan
mengira bahawa mereka orang-orang yang terkuat di muka bumi, sehingga mereka
menampakkan kesombongan dan semakin menentang kebenaran. Mereka berkata kepada
Nabi Hud: "Bagaimana engkau menuduh tuhan-tuhan kami yang kami mendapati
ayah-ayah kami menyembahnya?" Nabi Hud menjawab: "Sungguh orang tua
kalian telah berbuat kesalahan." Kaum Nabi Hud berkata: "Apakah
engkau akan mengatakan wahai Hud bahawa setelah kami mad dan menjadi tanah yang
beterbangan di udara, kita akan kembali hidup?" Nabi Hud menjawab:
"Kalian akan kembali pada hari kiamat dan Allah SWT akan bertanya kepada
masing-masing dari kalian tentang apa yang kalian lakukan."
Setelah mendengar jawaban itu,
meledaklah tertawa dari mereka. Alangkah anehnya pengakuan Hud, demikianlah
orang-orang kafir berbisik di antara mereka. Manusia akan mati dan ketika mati jasadnya
akan rusak dan ketika jasadnya rusak ia akan menjadi tanah kemudian akan dibawa
oleh udara dan tanah itu akan beterbangan, lalu bagaimana semua ini akan
kembali ke asalnya. "Kemudian apa pengertian adanya hari kiamat? Mengapa
orang-orang yang mati akan bangkit dari kematiannya?" Hud menerima
pertanyaan-pertanyaan ini dengan kesabaran yang mulia.
Kemudian ia mulai menerangkan
pada kaumnya keadaan hari kiamat. Ia menjelaskan kepada mereka bahawa
kepercayaan manusia kepada hari akhir adalah satu hal yang penting yang berhubungan
dengan keadilan Allah SWT, sebagaimana ia juga sesuatu yang penting yang juga
berhubungan dengan kehidupan manusia.
Nabi Hud menerangkan kepada
mereka sebagaimana apa yang diterangkan oleh semua nabi berkenaan dengan hari
kiamat. Sesungguhnya hikmah sang Pencipta tidak menjadi sempurna dengan sekadar
memulai penciptaan kemudian berakhirnya kehidupan para makhluk di muka bumi
ini, lalu setelah itu tidak ada hal yang lain. Ini adalah masa tenggang yang
pertama dari ujian. Dan ujian tidak selesai dengan hanya menyerahkan lembar
jawaban. Harus juga disertai dengan koreksi terhadap lembar jawaban itu,
memberi nilai, dan menjelaskan siapa yang berhasil dan siapa yang gagal.
Manusia selama hidup di dunia
tidak hanya mempunyai satu tindakan; ada yang berbuat kelaliman, ada yang
membunuh, dan ada yang melampaui batas. Seringkali kita melihat orang-orang
lalim pergi dengan bebas tanpa menjalani hukuman. Cukup banyak orang-orang yang
jahat namun mereka mendapatkan fasilitas yang mewah dan mendapatkan penghormatan
serta kekuasaan. Ke mana orang-orang yang teraniaya akan mengadu dan kepada
siapa orang-orang yang menderita akan mengeluh?
Logika keadilan menuntut adanya
hari kiamat. Sesungguhnya kebaikan tidak selalu menang dalam kehidupan, bahkan
terkadang pasukan kejahatan berhasil membunuh dan memperdaya para pejuang
kebenaran. Lalu, apakah kejahatan ini berlalu begitu saja tanpa mendapatkan
balasan? Sungguh suatu kelaliman besar terhampar seandainya kita menganggap
bahawa hari kiamat tidak pernah terjadi. Allah SWT telah mengharamkan kelaliman
atas diri-Nya sendiri, dan Dia pun mengharamkannya terjadi di antara
hamba-hamba-Nya., maka adanya hari kiamat, hari perhitungan, hari pembalasan
adalah sebagai bukti kesempurnaan dari keadilan Allah SWT. Sebab hari kiamat
adalah hari di mana semua persoalan akan disingkap kembali di depan sang
Pencipta dan akan ditinjau kembali, dan Allah SWT akan memutuskan hukum-Nya di
dalam-nya. Inilah kepentingan pertama tentang hari kiamat yang berhubungan
langsung dengan keadilan Allah SWT.
Ada kepentingan lain berkenaan
dengan hari kiamat, yang berhubungan dengan perilaku manusia sendiri. bahawa
keyakinan dengan adanya hari akhir, mempercayai hari kebangkitan, perhitungan amal,
penerimaan pahala dan siksa, dan kemudian masuk surga atau neraka adalah
perkara- perkara yang langsung berkenaan dengan perilaku manusia, di mana
konsentrasi manusia dan had mereka akan tertuju dengan alam lain setelah alam
ini. Oleh kerana itu, mereka tidak akan terbelenggu oleh kenikmatan dunia,
kerakusan kepadanya, dan egoisme untuk menguasinya. Mereka tidak perlu gelisah
saat mereka tidak berhasil melihat balasan usaha mereka dalam umur mereka yang
pendek dan terbatas. Dengan demikian, manusia semakin meninggi dari tanah yang
menjadi asal penciptaannya ke roh yang ditiupkan oleh Tuhannya.
Barangkali persimpangan jalan
antara tunduk terhadap imajinasi dunia, nilai-nilainya, dan
pertimbangan-pertimbangannya dan ketergantungan dengan nilai-nilai Allah SWT
yang tinggi dapat terwujud dengan adanya keimanan terhadap hari kiamat. Nabi
Hud telah membicarakan semua ini dan mereka telah mendengarkannya namun mereka
mendustakannya. Allah SWT menceritakan sikap kaum itu terhadap hari kiamat:
"Dan berkatalah
pemuka-pemuka yang kafir di antara kaumnya dan yang mendustakan pertemuan
dengan hari kiamat (kelak) dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan
dunia:
'Orang ini tidak lain hanyalah
manusia seperti kamu, dia, makan dari apa yang kamu, makan, dan meminum dari
apa yang kamu minum. Dan sesungguhnya jika kamu sekalian menaati manusia yang seperti kamu, niscaya bila demikian itu,
kamu benar-benar menjadi orang- orang yang merugi. Apakah ia menjanjikan kepada
kamu sekalian, bahawa bila kamu telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang
belulang, kamu sesungguhnya akan dikeluarkan (dari kuburmu)?, jauh, jauh sekali
(dari kebenaran) apa yang diancamkan kepadamu itu, kehidupan tidak lain
hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan hidup dan sekali-kali tidak
akan dibangkitkan lagi. " (QS. al- Mu`minun: 33-37)
Demikianlah kaum Nabi Hud
mendustakan nabinya. Mereka berkata kepadanya: "Tidak mungkin, tidak
mungkin." Mereka keheranan ketika mendengar bahawa Allah SWT akan
membangkitkan orang-orang yang ada dalam kuburan. Mereka bingung ketika dibe-ritahu
bahawa Allah SWT akan mengembalikan penciptaan manusia setelah ia berubah menjadi
tanah, meskipun Dia telah menciptakannya sebelumnya juga dari tanah. Seharusnya
para pendusta hari kebangkitan itu merasa bahawa mengembalikan penciptaan
manusia dari tanah dan tulang lebih mudah dari penciptaannya pertama kali.
Bukankah Allah SWT telah menciptakan semua makhluk, maka kesulitan apa yang
ditemui-Nya dalam mengembalikannya. Kesulitan itu disesuaikan dengan tolok ukur
manusia yang tersembunyi dalam ciptaan., maka tolok ukur manusia tersebut tidak
dapat diterapkan kepada Allah SWT. kerana Dia tidak mengenal kesulitan atau
kemudahan. Ketika Dia ingin membuat sesuatu, maka Dia hanya sekadar
mengeluarkan perintah:
"Allah Pencipta langit dan
bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia
hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah."Lalu jadilah ia." (QS.
al-Baqarah: 117)
Kita juga memperhatikan
firman-Nya:
"Dan berkatalah
pemuka-pemuka yang kafir di antara kaumnya." (QS. al-Mu^minun: 33)
Al-Mala' ialah para pembesar
(ar-Ruasa'). Mereka dinamakan al-Mala' kerana mereka suka berbicara dan mereka
mempunyai kepentingan dalam kesinambungan situasi yang tidak sehat. Kita akanmenyaksikan
mereka dalam setiap kisah para nabi. Kita akan melihat para pembesar kaum, orang-orang
kaya di antara mereka, dan orang-orang elit di antara mereka yang menentang
para nabi.
Allah SWT menggambarkan mereka
dalam firman-Nya:
"Dan yang telah Kami
mewahkan mereka dalam kehidupan dunia. " (QS. al-Mukminun: 33)
kerana pengaruh kekayaan dan
kemewahan hidup, lahirlah keinginan untuk meneruskan kepentingan-kepentingan
khusus, dan dari pengaruh kekayaan dan kekuasaan, muncullah sikap sombong.
Para pembesar itu menoleh kepada
kaumnya sambil bertanya-tanya: "Tidakkah nabi ini manusia biasa seperti
kita, ia memakan dari apa yang kita, makan, dan meminum dari apa yang kita
minum?
Bahkan barangkali kerana
kemiskinannya, ia sedikit, makan dari apa yang kita, makan dan ia minum,
menggunakan gelas-gelas yang kotor sementara kita minum dari gelas-gelas yang
terbuat dari emas dan perak., maka
bagaimana ia mengaku berada dalam kebenaran dan kita dalam kebatilan? Ini
adalah manusia biasa, maka bagaimana kita menaati manusia biasa seperti kita?
Kemudian, mengapa Allah SWT memilih manusia di antara kita untuk mendapatkan
wahyu-Nya?"
Para pembesar kaum Nabi Hud
berkata: "Bukankah hal yang aneh ketika Allah SWT memilih manusia biasa di
antara kita untuk menerima wahyu dari-Nya?" Nabi Hud balik bertanya:
"Apa keanehan dalam hal itu? Sesungguhnya Allah SWT mencintai kalian dan
oleh kerananya Dia mengutus aku kepada kalian untuk mengingatkan kalian.
Sesungguhnya perahu Nuh dan kisah Nuh tidak jauh dari ingatan kalian. Janganlah
kalian melupakan apa yang telah terjadi. Orang-orang yang menentang Allah SWT
telah dihancurkan dan begitu juga orang-orang yang akan mengingkari-Nya pun
akan dihancurkan, sekuat apa pun mereka." Para pembesar kaum berkata:
"Siapakah yang dapat menghancurkan kami wahai Hud?" Nabi Hud
menjawab: "Allah SWT."
Orang-orang kafir dari kaum Nabi
Hud berkata: "Tuhan-tuhan kami akan menyelamatkan kami." Nabi Hud
memberitahu mereka, bahawa tuhan- tuhan yang mereka sembah ini dengan maksud untuk
mendekatkan mereka kepada Allah SWT pada hakikatnya justru menjauhkan mereka
dari-Nya. Ia menjelaskan kepada mereka bahawa hanya Allah SWT yang dapat
menyelamatkan manusia, sedangkan kekuatan lain di bumi tidak dapat mendatangkan
mudarat dan manfaat.
Pertarungan antara Nabi Hud dan
kaumnya semakin seru. Dan setiap kali pertarungan berlanjut dan hari berlalu,
kaum Nabi Hud meningkatkan kesombongan, pembangkangan, dan pendustaan kepada
nabi mereka. Mereka mulai menuduh Nabi Hud sebagai seorang idiot dan gila. Pada
suatu hari mereka berkata kepadanya: "Sekarang kami memahami rahasia
kegilaanmu. Sesungguhnya engkau menghina tuhan kami dan tuhan kami telah marah
kepadamu, dan kerana kemarahannya engkau menjadi gila." Allah SWT
menceritakan apa yang mereka katakan dalam firman-Nya:
"Kaum 'Ad berkata: 'Hai Hud,
kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami
sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu,
dan kami sekali-kali tidak akan
mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebagian sembahan kami
telah menimpakan penyakit gila atas dirimu. " (QS. Hud: 53-54)
Sampai pada batas inilah
penyimpangan itu telah terjadi pada diri mereka, sampai pada btas bahawa mereka
menganggap, bahawa Nabi Hud telah mengigau kerana salah satu tuhan mereka telah
murka kepadanya sehingga ia terkena sesuatu penyakit gila. Nabi Hud tidak
membiarkan anggapan mereka bahawa ia gila dan mengigau, naniun ia tidak
bersikap emosi tetapi ia menunjukkan sikap tegas ketika mereka mengatakan:
"Dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan- sembahan kami
kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. "
Setelah tantangan ini tiada lain
bagi Nabi Hud kecuali memberikan tantangan yang sama. Nabi Hud hanya pasrah
kepada Allah SWT. Nabi Hud hanya memberikan peringatan dan ancaman terhadap orang-orang
yang mendustakan dakwahnya. Nabi Hud berkata:
"Sesungguhnya aku jadikan
Allah sebagai saksiku dan saksikanlah olehmu bahawa Sesungguhnya aku berlepas
diri dari apa yang kamu persekutukan dari selain-Nya. Sebab itu, jalankanlah
tipu dayamu semuanya terhadapku dan janganlah karnu memberi tangguh kepadaku.
Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu
binatang melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya
Tuhanku di atas jalan yang lurus. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku
telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk
menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang
lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudarat kepada-Nya sedikitpun.
Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu. " (QS. Hud:
54-57)
Manusia akan merasa keheranan
terhadap perlawanan kepada kebenaran ini. Seorang lelaki menghadapi kaum yang
kasar dan keras kepala serta bodoh. Mereka menganggap bahawa berhala-berhala dari
batu dapat memberikan gangguan. Manusia sendiri rnampu menentang para tiran dan
melumpuhkan keyakinan mereka, serta berlepas diri dari mereka dan dari tuhan
mereka. Bahkan ia siap menentang mereka dan menghadapi segala bentuk, makar
mereka. Ia pun siap berperang dengan mereka dan bertawakal kepada Allah SWT.
Allah-lah yang Maha Kuat dan Maha Benar. Dia-lah yang menguasai setiap makhluk di
muka bumi, baik berupa binatang, manusia, maupun makhluk lain. Tidak ada
sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah SWT.
Dengan keimanan kepada Allah SWT
dan dengan kepercayaan pada janji- Nya serta merasa tenang dengan
pertolongan-Nya, Nabi Hud menyeru orang-orang kaflr dari kaumnya. Nabi Hud melakukan
yang demikian itu meskipun ia sendirian dan merasakan kelemahan kerana ia
mendapatkan keamanan yang hakiki dari Allah SWT. Dalam pembicaraannya, Nabi Hud
menjelaskan kepada kaumnya bahawa ia melaksanakan amanat dan menyampaikan
agama. Jika mereka mengingkari dakwahnya, niscaya Allah SWT akan mengganti
mereka dengan kaum selain mereka. Yang demikian ini berarti bahawa mereka
sedang menunggu azab. Demikianlah Nabi Hud menjelaskan kepada mereka, bahawa ia
berlepas diri dari mereka dan dari tuhan mereka. la bertawakal kepada Allah SWT
yang menciptakannya.
Ia mengetahui bahawa siksa akan
turun di antara para pengikutnya yang menentang. Beginilah hukum kehidupan di
mana Allah SWT menyiksa orang-orang kafir meskipun mereka sangat kuat atau sangat
kaya. Nabi Hud dan kaumnya menunggu janji Allah SWT. Kemudian terjadilah masa
kering di muka bumi di mana langit tidak lagi menurunkan hujan. Matahari
menyengat sangat kuat hingga laksana percikan-percikan api yang menimpa kepala
manusia.
Kaum Nabi Hud segera menuju
kepadanya dan bertanya: "Mengapa terjadi kekeringan ini wahai Hud?"
Nabi Hud berkata: "Sesungguhnya Allah SWT murka kepada kalian. Jika kalian
beriman, maka Allah SWT akan rela terhadap kalian dan menurunkan hujan serta
menambah kekuatan kalian." Namun kaum Nabi Hud justru mengejeknya dan
malah semakin menentangnya., maka masa kekeringan semakin meningkat dan
menguningkan pohon-pohon yang hijau dan matilah tanaman-tanaman.
Lalu datanglah suatu hari di mana
terdapat awan besar yang menyelimuti langit. Kaum Nabi Hud begitu gembira dan
mereka keluar dari rumah mereka sambil berkata: "Hari ini kita akan
dituruni hujan." Tiba-tiba udara berubah yang tadinya sangat kering dan
panas kini menjadi sangat dingin. Angin mulai bertiup dengan kencang. Semua
benda menjadi bergoyang. Angin terus-menerus bertiup malam demi malam, dan hari
demi hari. Setiap saat rasa dingin bertambah.
Kaum Nabi Hud mulai berlari.
Mereka segera menuju ke tenda dan bersembunyi di dalamnya. Angin semakin
bertiup dengan kencang dan menghancurkan tenda. Angin menghancurkan pakaian dan
menghancurkan kulit. Setiap kali angin bertiup, ia menghancurkan dan membunuh
apa saja yang di depannya. Angin bertiup selama tujuh malam dan delapan hari
dengan mengancam kehidupan dunia. Kemudian angin berhenti dengan izin Tuhannya.
Allah SWT berfirman:
"Maka tatkala mereka melihat
azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka:
'Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami.' (Bukan)! Bahkan itulah azab
yang kamu minta supaya datang dengan segera (yaitu) angin yang mengandung azab
yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya."
(QS. al-Ahqaf: 24-25) "Yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka
selama tujuh malam dan delapan hari terus-menerus;, maka kamu lihat kaum 'Ad
pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon
kurma yang telah kosong (lapuk). " (QS. al-Haqqah: 7)
Tiada yang tersisa dari kaum Nabi
Hud kecuali pohon-pohon kurma yang lapuk. Nabi Hud dan orang-orang yang beriman
kepadanya selamat sedangkan orang-orang yang menentangnya binasa.
Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud
a.s.
Nabi Hud telah memberi contoh dan
sistem yang baik yang patut ditiru dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli
penerangan agama.Beliau menghadapi kaumnya yang sombong dan keras kepala itu dengan
penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas
ejekan dan kata-kata kasar mereka dengan serupa tetapi menolaknya dengan
kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya
dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan tidak
gusar ketika kaumnya mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan sinting.
Ia dengan lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya mengata:"Aku
tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak dapat menggangguku
atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi aku ini adalah rasul pesuruh Allah
kepadamu dan betul-betul aku adalah seorang penasihat yang jujur bagimu
menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan
selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat."
Dalam berdialog dengan kaumnya.
Nabi Hud selalu berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak mereka
berfikir secara rasional, menggunakan akal dan fikiran yang sihat dengan memberikan
bukti-bukti yang dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran dakwahnya
dan kesesatan jalan mereka namun hidayah iu adalah dari Allah, Dia akan
memberinya kepada siapa yang Dia kehendakinya.
Hadramaut, Tanah Kelahiran Nabi Hud AS Gambar : republika.co.id |
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !